Wednesday 27 September 2017

cara mengurangkan nafsu merokok

KATAKAN TIDAK PADA ROKOK!

Langkah #1: Bermula Dengan Keazaman


Merokok termasuk dalam kalangan ketagihan, dimana sekali dua cuba, anda akan sukar untuk meninggalkannya. Oleh itu, anda perlukan satu keazaman dan usaha yang kuatuntuk mengatasi nafsu dan perasaan untuk merokok tersebut.
Langkah ini akan menerangkan cara-cara dan pendakatan yang sesuai kepada anda untuk mendatangkan dan menetapkan keazaman itu agar ia tidak mudah luntur.

1. Merancang Bila Anda Mula Berhenti Merokok

Nikotin memberikan kesan ketangihan yang sangat kuat dan ia memerlukan keazaman sangat kuat untuk berhenti daripada mengambilnya. Cuba ingatkan diri anda akan kesan amalan merokok terhadap aspek-aspek kehidupan anda; kesihatan, penampilan, gaya hidup dan kepada yang tersayang.
Adakah jika anda berhenti, semua tu akan bertambah baik jika anda berhenti merokok?

2. Tentukan Kenapa Hendak Berhenti

Anda perlu ada satu matlamat dalam sesuatu perkara yang anda lakukan, termasuklah dalam keputusan berhenti merokok. Oleh itu, anda dicadangkan untuk membuat satu senarai kenapa anda mahu/perlu berhenti.
Senarai ini boleh membantu anda untuk teguhkan keputusan dan menjelaskan matlamat anda untuk berhenti. Anda haruslah melihat kepada senarai ini jika anda teringin sangat untuk kembali merokok.
Sebagai contoh, anda boleh nyatakan sesuatu seperti ini: Saya mahu berhenti merokok agar saya boleh lari dan menjalani latihan bola sepak dengan lebih baik, mempunyai tenaga yang lebih banyak, hidup dengan umur yang panjang, ataupun menjimatkan duit (rokok agak mahal dan tidak berbaloi berbelanja untuknya).

3. Bersedia Dengan Ketagihan Nikotin

Rokok sangat cepat menyebabkan rasa ketagihan dalam badan. Apabila anda bermula tidak merokok, anda akan merasakan satu daya kemahuan yang sangat hebat untuk kembali kepada rokok. Simptom-simptom yang biasa anda akan rasa adalah: keresahan, berasa penat, selera makan dan berat badan yang bertambah.
Anda perlu sedar bahawa anda perlukan lebih daripada satu percubaan untuk berhenti merokok. Hal ini kerana ketagihan yang terlalu kuat. Jika anda tidak mempunyai satu kekuatan untuk melawan rasa ketagihan tersebut, anda kemungkinan tidak boleh berhenti langsung.

Langkah #2: Membuat Perancangan

malakukan perancangan untuk berhenti merokok
Langkah #2 ini menekankan aspek merancang strategi dan cara-cara yang anda boleh guna untuk mengatasi ketagihan dan seterusnya berhenti merokok untuk selama-lamanya. Langkah ini sangat penting, jadi anda perlu memahaminya dengan baik.

1. Pilih Tarikh Berhenti

Menentukan tarikh untuk mula berhenti memainkan peranan yang penting. Hal ini kerana anda boleh mengingatkan otak anda bahawa taikh tersebut adalah taikh yang penting dan anda nak atau tidak, perlu lakukannya juga.
Anda tidak digalakkan untuk menggunakan “esok”, “lusa” dan selainnya dalam perancangan anda kerana anda kemungkinan untuk tidak mengikutinya – macam biasalah, orang Melayu.
Untuk pilihan tarikh yang baik, anda boleh memilih tarikh yang memberikan kenangan kepada anda seperti tarikh tahun baru, tarikh perkahwinan, ataupun tarikh lahir. Setelah menetapkan tarikh anda perlu bersiap-sedia dengan baik sebelum tibanya tarikh tersebut.

2. Pilih Cara Berhenti Merokok

Pilih cara ataupun langkah yang anda mahu guna untuk berhenti merokok, kerana terdapat banyak cara-cara yang anda boleh guna. Anda dinasihatkan agar memilih satu cara terlebih dahulu. Guna cara tersebut untuk seminggu ataupun 2 minnggu. Sekiranya tidak memberikan kesan, anda boleh beralih kepada cara yang lain.
Terdapat 2 kaedah untuk berhenti merokok yang anda boleh pilih:
  • Berhenti secara terus – bermaksud anda tidak berhenti secara total bermula dari tarikh yang anda pilih untuk berhenti (masa peringkat perancangan yang dinyatakan di atas).
  • Berhenti secara berperingkat-peringkat – bermaksud anda mengurangkan bilangan putung rokok dari masa ke masa secara berperingkat-ringkat.
Jika anda memilih kaedah (ii), anda perlu tetapkan awal-awal banyak mana pengurangan yang akan dibuat dan dalam jangka masa berapa hari/minggu/bulan – contohnya “saya akan kurangkan bilangan putung rokok sebanyak 1 putung setiap minggu”
Adalah terbaik jika anda mendapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan kawan-kawan sepanjang proses berhenti merokok ini.

3. Atasi Ketagihan

Anda akan mengalami satu perasaan ketagih yang kuat sepanjang proses anda, oleh itu adalah wajar untuk merancang awal-awal bagaimana anda hendak mengatasi masalah ini.
Anda boleh cuba menggerakkan tangan dan mulut, imitasi pergerakan anda merokok, tapi tidak ada rokok (ganti dengan benda lain). Ataupun anda boleh makan makanan yang rendah lemak seperti kismis, popcorn, gula-gula getah dan lain-lain untuk mengalih perhatian otak anda daripada ketagihan tersebut.
Anda juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang lain untuk mengalihkan perhatian daripada perasaan untuk merokok itu, bermula dengan aktiviti yang anda gemari lakukan seperti bersukan, bersenam, bersiar-siar ataupun mengemas rumah.

Langkah #3: Mulakan Perancangan Berhenti Merokok

Langkah #3 ini lebih kepada tindakan yang anda perlu ambil semasa menjalankan proses meninggalkan rokok. Untuk mendapatkan hasil yang baik dalam langkah ini, anda perlu merancang dengan baik dalam Langkah #2.
Sekiranya sudah, sila inilah saat yang penting dalam hidup anda!

1. Bersedia Sehari Sebelum Perancangan Bermula

Basuh semua alas katil dan pakaian anda untuk menghilangkan bau rokok. Anda juga perlu membuang semua bekas abu rokok, kotak-kotak rokok dan pemetik api dalam rumah anda. Pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi, agar berbuat demikian boleh mengurangkan tekanan diri anda.
Kerap ingatkan diri anda akan rancangan tersebut dan cuba bawa bersama anda satu salinan bertulis, ataupun jadikannya satu nota dalam telefon pintar. Ingatkan diri anda dengan membacanya selalu, ataupun apabila anda berasa keingin untuk mengisap rokok.

2. Dapatkan Bantuan dan Sokongan

Ahli keluarga dan kawan-kawan anda boleh memberikan satu sokongan yang sangat membina sepanjang proses berhenti ini. Memberitahu mereka tentang niat anda untuk berubah dan berhenti daripada merokok.
Anda juga digalakkan untuk memberitahu ahli keluarga tentang perancangan anda dengan teliti agar mereka boleh mengingatkan anda tentangnya pada waktu yang anda perlukan.
Sekiranya anda mempunyai kawan-kawan yang juga perokok, beritahu mereka agar tidak lagi menawarkan rokok kepada anda.
Satu lagi yang anda perlu ingat, berhenti merokok adalah satu proses dan bukannya satu peristiwa.

3. Ketahui Peransang Untuk Merokok

Bagi kebanyakan orang, sesuatu perkara ataupun aktiviti boleh meransang mereka untuk merokok, dan anda juga kemungkinan ada peransang tersebut.
Oleh itu, anda perlu mengenalpasti awal-awal peransang tersebut agar kita boleh kawal pada masa proses berhenti nanti. Antara peransang yang biasa bagi kebanyakan orang adalah :
  • minum kopi – biasanya perokok anda merokok ketika minum kopi.
  • kerja kuat/buruh – biasanya mereka akan hisap rokok ketika membuat kerja yang
    perlukan tenaga yang banyak.
  • stress ataupun tekanan diri – perokok yang mengalami stress tempat kerja ataupun
    masalah keluarga kemungkinan besar akan merokok untuk menghilangkan rasa risau.
Salah satu cara untuk mengenalpasti peransang anda adalah dengan mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang sering terikat dengan masa anda merokok. Jika anda sering merokok selepas anda makan makanan berat, maka “makan” boleh jadi satu peransang kepada anda.

4. Komited dengan Perancangan Anda

Teruskan usaha anda untuk berhenti merokok, walaupun adakalanya anda kantoi dan merokok sekali sekala semasa dalam proses. Apa yang penting adalah jangan terus berhenti dan tinggalkan usaha anda selama ini.
Biarkan yang lepas itu lepas, apa yang anda perlu tekankan adalah pada masa hadapan. Cuma pada masa hadapan, anda perlu lebih berhati-hati dan tekun dalam usaha anda.

Langkah #4: Dapatkan Bantuan Berhenti Merokok

dapatkan bantuan luar
Selain bertahan daripada merokok, anda juga mempunyai beberapa pilihan untuk membantu anda meninggalkan amalan yang tidak sihat itu. Antaranya adalah:

1. E-rokok (E-cigarettes)

Kajian sains yang terbaharu menyatakan bahawa penggunaan e-rokok sebagai gantian kepada rokok yang asal boleh membantu anda berhenti daripada merokok secara total.
Kajian yang lain pula menyatakan bahawa penggunaan e-rokok ini perlulah dipantau dari segi kandungan, kerana sesetengah produk mengandungi bahan kimia yang sama digunakan dalam rokok.
Perkara ini boleh menyebabkan anda kembali kepada rokok, jadi sekiranya anda ingin menggunakan e-rokok, anda perlulah melakukan kajian yang terperinci terhadap produk tersebut terlebih dahulu.

2. Dapatkan Bantuan Pakar

Bantuan dan sokongan daripada orang yang pakar dapat memberikan kesan yang positif sepanjang menjalani proses perubahan anda. Oleh itu anda digalakkan untuk mendapatkan doktor sebagai pemantau prestasi anda setiap bulan.

3. Cuba Bupropion

Bupropion merupakan salah satu produk (ubat berhenti merokok) yang boleh mengurangkan ketagihan nikotin (walupun produk ini tidak mengandungi nikotin). Bupropion boleh meningkatkan kadar cessation kepada 69%.
Kebiasaannya, anda akan dinasihatkan oleh doktor untuk mengambil ubat ini lebih kurang 1 atau 2 minggu sebelum anda berhenti merokok. Anda perlu mengambilnya dalam 1 atau 2 tablet setiap hari (satu tablet 150mg).
Antara kesan sampingan yang anda boleh rasai adalah :
  • mulut kering
  • kesukaran untuk tidur
  • keletihan
  • masalah penghadaman
  • pening kepala

4. Guna Chantix

Chantix merupakan salah satu ubat berhenti merokok yang sering digunakan oleh perokok seluruh dunia untuk berhenti merokok. Ubat ini menghalang reseptor nikotin di otak, membuatkan merokok sesuatu yang tidak memberikan kepuasan. Ia juga boleh mengurangkan kesan/simptom ketika anda dalam proses berhenti.
Jika anda berminat, anda dikehendaki untuk mengambil Chantix 1 minggu sebelum berhenti merokok. Pastikan mengambilnya dengan makanan. Ambil Chantix selama 12 minggu.
Antara kesan sampingan adalah:
  • pening kepala
  • rasa loya
  • muntah
  • masalah tidur
  • kembung perut
  • masalah selera
Doktor anda akan meningkat dos pengambilan dari masa ke masa. Sebagai contoh, anda bermula dengan 1 pil 0.5mg setiap hari untuk hari ke-1 hingga hari ke-3. Kemudian anda dikehendaki mengambil 1 pil 0.5mg dua kali sehari untuk hari ke-4 hingga ke-7. Kemudian anda akan mengambil satu 1mg pil dua kali sehari untuk selanjutnya.

5. Cuba Terapi Menggantikan Nikotin

Ini juga dikenali sebagai nicotine replacement therapy (NRT). NRT merangkumi pelbagai jenis patch, gula-gula getah (gum), lozengesnasal sprayinhaler ataupun tablet yang mengandungi nikotin.
Anda tidak perlukan preskripsi untuk menggunakan NRT dan ia boleh mengurangkan ketagihan sepanjang anda berhenti merokok. NRT boleh mengurangkan kadar ketagihan anda sebanyak 60% (mengikut satu kajian).
Namun begitu, ia mempunyai beberapa kesan sampingan, antaranya adalah:
i. Patches – mimpi, insomnia dan iritasi kulit
ii. Gula-gula getah – sakit mulut, kesukaran bernafas, bersedu dan sakit rahang
iii. Inhaler -iritasi mulut dan tekak serta batuk
iv. Lozenges – iritasi tekak dan bersedu
v. Nasal spray – iritasi tekak dan hidung serta berair hidung

Tips Tambahan

1. Jadikan sesuatu sebagai satu hobi agar ia boleh mengalihkan perhatian anda daripada merokok.
2. Kurangkan pengambilan kafein ataupun minuman yang mengandungi kafein, seperti kopi dan teh.
3. Jauhi orang yang merokok. Hal ini kerana boleh meransang anda untuk kembali kepada rokok.
4. Banyakkan minum air masak ataupun air mineral untuk hilangkan rasa keinginan untuk merokok.
5. Jadikan orang yang tersayang sebagai satu pendorong untuk anda berhenti merokok.

Produk Cadangan – Wispun Stop Smoking Patch

Sekali sekala, kami akan memberikan cadangan akan produk yang boleh membantu anda dalam menyelesaikan masalah. Kali ini, kami akan cadangkan anda menggunakan patchberhenti merokok yang dibuat oleh syarikat bernama Wispun, sebuah syarikat luar negara.
wispun stop smoking patch
Penggunaan patch berhenti merokok merupakan salah satu cara yang dicadangkan oleh WebMD sebagai satu penggantian kepada pengambilan nikotin bagi seorang perokok. Ia berfungsi sebagai satu medium yang boleh mengawal dan mengurangkan kadar pengambilan nikotin perokok setiap hari.

Cara Penggunaan:

Anda boleh menampal nikotin patch ini mana-mana permukaan kulit yang tidak berbulu. Biasanya orang akan meletakkannya pada bahagian leher dan pinggang.
Kadar saiz dan kekerapan yang digunakan adalah bergantung kepada keperluan pengguna. Semakin besar dan kerap penggunaan, semakin banyak kadar nikotin yang dibekalkan ke dalam badan.

Dimana Boleh Dapatkan?

Anda boleh dapatkan Wispun Stop Smoking Patch ataupun juga dikenali sebagai Nicotine Patch ini di Lazada dengan lingkungan harga RM15-RM60 (bergantung kepada kuantiti patch yang anda pesan).

Amaran

1. Pengambilan ubat berhenti merokok boleh mendatangkan masalah kesihatan bagi sesetangah orang. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil Bupropion ataupun Chantix yang dinyatakan di atas.
2. Jika anda ingin beralih kepada NRT yang dinyatakan diatas, anda perlu tahu bahawa ianya adalah sebagai pengganti rokok. Ianya boleh membawa kepada ketagihan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, berhenti merokok adalah perkara yang tidak mustahil. Sudah ramai orang yang berjaya mengatasi ketagihan yang tidak sihat ini dengan jayanya. Ianya tertumpu kepada keazaman yang kuat untuk berubah dan menggunakan cara-cara yang efektif.
Saya berharap anda mendapat manfaat daripada artikel ini dan segeralah mengambil tindakan sekiranya anda ingin berhenti merokok.
Sekiranya anda sedang dalam proses tersebut, adakah anda mendapat sebarang hasil yang positif? Ataupun anda merupakan bekas perokok, dan ingin berkongsikan pengalaman bagaimana anda mengatasi ketagihan merokok. Anda bolehlah berbuat demikian dengan meninggalkan komen di bawah.
Sekian~

No comments:

Post a Comment

                                                  Apa itu kudis buta? Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebab...