Monday 25 September 2017


Assalamualaikum..

JIKA ANDA RASA NYAWA ANDA BERHARGA,BACALAH ARTIKEL INI

Tips Rawatan Demam Denggi Alternatif

Sehingga ke hari ini masih tiada vaksin atau antivirus yang berkesan untuk menangani masalah penyakit demam denggi. Namun, terdapat beberapa kaedah rawatan alternatif yang boleh diamalkan untuk merawat denggi disamping melalui rawatan intensif daripada doktor. Antara kaedah alternatif dengan fungsi tertentu yang terbukti turut membantu mengatasi demam denggi ialah:
  1. Khasiat Jus Daun Betik Penawar Denggi
      Image result for daun betik penawar denggi
    • Walaupun pahit, daun betik dikatakan mempunyai khasiat yang mampu untuk merawat permasalahan denggi. Kandungan enzim didalamnya berfungsi membantu meningkatkan platlet darah yang hilang akibat komplikasi demam denggi. Kaedah penyediaan jus betik serta sumbernya yang boleh diperolehi dengan mudah telah membantu ramai pesakit denggi untuk sembuh.
  2. Rahsia Sup Ketam Nipah Melawan Denggi
      Image result for sup ketam nipah melawan denggi
    • Ketam nipah mempunyai kandungan sejenis protein yang tinggi yang turut mampu membantu meningkatkan jumlah platlet dalam darah pesakit denggi.  Keberkesanan sup ketam nipah sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) juga telah terbukti berkesan menyembuhkan ramai pesakit idemam denggi.
  3. Suplemen Tambahan Pemangkin Imun Tubuh Terhadap Denggi
    • Protein, vitamin dan mineral amat penting untuk kesihatan tubuh manusia. Bagi mengelakkan risiko penyakit, tubuh perlu mempunyai kekuatan imun untuk melawan serangan bakteria dan virus yang mengancam kesihatan manusia sehari-hari. Ini dapat membantu seseorang individu untuk mencegah komplikasi negatif akibat serangan penyakit di peringkat awal sebelum ia menjadi lebih kritikal.
Masih ada lagi rawatan secara alternatif lain yang boleh membantu mengawal demam denggi. Walaubagaimanapun, sekiranya dijangkiti demam denggi, perkara pertama yang perlu dilakukan haruslah bertemu dengan doktor sama ada di klinik kesihatan atau hospital awam.
Dapatkan pemeriksaan awal dan rawatan susulan bagi mencegah risiko demam denggi yang lebih kritikal.

tips-rawatan-demam-denggi-alternaif

DENGGI BOLEH MENGANCAM NYAWA!!!!!!

2 comments:

                                                  Apa itu kudis buta? Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebab...