Sunday 1 October 2017


CEPAT PRAKTIK, CEPAT SIHAT
CARA MUDAH NTUK SEMBUH DARI SELSEMA

Cuaca tak menentu, sekejap hujan dan sekejap panas. Tentunya akan membuat anda tidak sihat. Adakah anda salah seorang yang mudah dijangkiti virus selsema? Apabila selsema menyerang, tentunya akan mengganggu kegiatan harian anda. Apa yang harus anda lakukan? Sekiranya anda ingin ketahui cara mudah nak cepat baik selsema, teruskan membaca tips – tips yang akan saya kongsikan bersama.

Biasanya gejala bagi mereka yang dijangkiti virus selsema ialah :

  • Kerongkong akan menjadi kering dan sakit
  • Hidung akan berair dan ada kalanya akan mengeluarkan hingus yang pekat
  • Sentiasa bersin
  • Hidung tersumbat
  • Sakit kepala
  • Badan tidak selesa
  • Sakit badan
  • Mata berair
  • Demam
Untuk pengetahuan anda, selsema terjadi daripada jangkitan virus di saluran pernafasan. Malangnya antibiotik tidak dapat menghapuskan virus selsema ini. Sekiranya anda ke klinik untuk mendapatkan ubat, doktor hanya memberi pain killer sahaja. Untuk merawat jangkitan tersebut, hanya badan anda sendiri yang akan melawan virus melalui antibodi yang dihasilkan oleh badan ketika virus menyerang.
Tetapi jika selsema menjadi lebih teruk dan pada masa yang sama badan masih lemah serta tidak cukup antibodi, maka pesakit memerlukan antibiotik.

Sila Jumpa Doktor Sekiranya :

  • Selsema berlarutan melebihi seminggu beserta demam melebihi 38’C
  • Berlaku sakit dada
  • Sukar bernafas
  • Kahak berwarna kuning.
Tetapi anda juga boleh mengamalkan pelbagai cara mudah untuk cepat baik selsema secara semulajadi.

Cara – Cara Nak Cepat Baik Selsema Secara Semulajadi



1) Minum Banyak Air Masak

Pastikan anda minum air masak dalam sehari 2 ke 3 liter. Badan manusia memerlukan air dengan banyak. Sekiranya anda kekurangan air, bukan sahaja anda akan mengalami pelbagai sakit, malah kulit anda juga akan kelihatan kering dan tidak bermaya.


2) Kapur Sirih / Kunyit Hidup

Anda boleh mengambil kapur sirih atau kunyit hidup (gosok dulu di batu lesung) dan sapu pada batang hidung. Sesuai juga dilakukan pada kanak – kanak. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah, anda hanya perlu menyusukan bayi anda dengan susu ibu sahaja.

3) Mengambil Vitamin C Setiap Hari

Vitamin C Shaklee dikenali sebagai  Sustained Release Vitamin C. Sebiji Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Ianya memenuhi keperluan minimum seseorang individu iaitu 500mg sehari.
Apa yang hebatnya Vitamin C Shaklee ialah ia diperbuat daripada astrak Jagung dan bukannya daripada Oren. Oleh itu sesiapa yang ada gastrik atau perut yang tak tahan boleh ambil Sustained Release Vitamin C dengan mudah setiap hari tanpa sakit perut.
Hebatnya lagi Vitamin C Shaklee ni ialah, ia akan dilepaskan secara perlahan – lahan selama 5 jam. Dengan itu badan kita akan mendapat keperluan yang mencukupi dari vitamin C tersebut. Walaupun anda membuang air kencing, bukan semua vitamin C akan hilang dari badan anda.
Untuk pengetahuan anda, vitamin C adalah vitamin larut air dan mudah disingkirkan melalui air kencing. Maka disebabkan itu kita perlu mengambil vitamin C setiap hari.

4) Mengambil Garlic Sebagai Antibodi Semulajadi 

Penghasilan Garlic Complex Shaklee juga dilakukan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. Untuk pengetahuan anda tidak semua Garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin Aktif. Allicin hanya boleh dihasilkan apabila Garlic dihiris atau dihancurkan. Allicin adalah sebatian organosulfur yang terkandung dalam Garlic yang berfungsi untuk mengeluarkan bau pada Garlic. Dimana bau yang mengadungi sulfur adalah sejenis kimia dalam bentuk yang natural dan keistimewaaan Garlic adalah :
  • Selamat dan sangat bagus untuk kegunaan jangka masa panjang.
  • Meningkatkan sistem imun pada tubuh badan manusia
  • Menghalang penyakit seperti batuk , demam, selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  • Mampu melawan bakteria dan jangkitan kulat.

5) Mengambil Nutriferon Sebagai Sistem Imun

Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu meransang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells, B-cells dan makrofag

Tahukah Anda??

Kenapa Vitamin C, Garlic dan Nutriferon ni best sangat dan tidak sama dengan produk lain yang berada dipasaran? Sia baca testimoni saya sendiri..

Testimoni Saya Sendiri Ketika Di USA 

Ketika saya bercuti di US (tajaan Shaklee), saya mengalami selesema yang teruk selepas beberapa hari berada disana. Seksa rasanya sebab asyik bersin tak henti-henti. Nak pula saya kena naik flight dari Los Angeles ke San Francisco. Jika anda ingin naik kapal terbang, pastikan kesihatan anda dalam keadaan yang baik. Sekiranya anda tengah selsema, cepat – cepatlah cari jalan untuk hilangkan virus tersebut. 
Apa yang yang saya lakukan ialah, setiap pagi selepas saya sarapan dan makan malam. Saya akan ambil 2 sachet Nutriferon. Sebaik – baiknya saya ambil sekali dengan Garlic, malangnya saya terlupa bawa Garlic ketika bercuti di US. Alhamdulillah selepas 4 hari selsema saya hilang. 

Nasihat saya, jika nak bercuti ke luar negara dan menaiki kapal terbang. Bawalah Vitamin C sekurang – kurangnya. Seksanya bila anda selsema dan menaiki kapal terbang. Anda akan rasa sakit telinga yang amat sangat! Seperti ada jarum yang menyucuk2 dalam telingan anda. Itu yang saya rasa, dari pengalaman saya sendiri. Sebab tu saya nak pastikan juga selsema saya hilang sebelum balik ke Malaysia.
Tetapi ingat! bukan semua Vitamin C dipasaran sama dengan Vitamin C Shaklee tau. 
Kesihatan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Badan sihat tentunya kehidupan harian kita akan lebih ceria. Sekiranya anda merasakan badan tidak sihat seperti nak selsema atau demam. Amalkan Vitamin C, Garlic & Nutriferon sekarang juga.

No comments:

Post a Comment

                                                  Apa itu kudis buta? Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebab...