senaman Terbaik Dan Sesuai Dilakukan Di Rumah
Rasanya ramai yang memilih untuk bersenam di rumah kerana kita bebas nak pakai baju yang kita suka, tak perlu guna peralatan mahal dan canggih, pasang lagu dengan kuat dan boleh menari macam orang gila.
Bersenam di gym memang bagus kerana dipenuhi kemudahan yang terkini dan juga dilengkapi abam-abam sado.
Cuma kadang-kadang rimas pula bila gym dah sesak dan penuh dengan peluh silih berganti yang keluar dari pelbagai bahagian tubuh.
Antara pengalaman indah saya mendaftar gym semasa saya masih pelajar ialah mempunyai rakan yang bercita-cita untuk menjadi lelaki maskulin.
Apabila ternampak banting (banner) di kedai mamak dengan promosi keahlian RM 40.00 untuk pelajar membuatkan naluri lelaki membuak-buak untuk mendaftar.
Biasanya gym lain tawarkan RM 50.00.
Dengan itu, kami memilih untuk mendaftar dan pemilik gym kata pendaftaran gym untuk kali pertama ialah RM80.00 dan untuk bulan seterusnya barulah RM40.00.
Tercabar dengan bicep di kaki abang sado tersebut, kami pun membayar dengan rela.
Hasilnya? Hanya bertahan sampai 2 minggu kerana sibuk dengan assignment dan ujian mingguan.
Rugi RM80.00.
Pernah tak anda mengalami situasi seperti ini?
Sekiranya pernah, mungkin ada perlu cuba bersenam di dalam rumah.
Apakah senaman yang terbaik dan sesuai dilakukan di dalam rumah?
- Lompatan Jack ( Jumping Jack)
- Tolak-Naik ( Push-Up)
- Mencangkung ( Squat )
- Duduk-Naik ( Sit-Up )
- Menari ( Dancing )
Saya yakin bila anda sudah membaca senarai ini, anda akan lupakan dan terus membuat perkara lain.
Hidup tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran. Matlamat juga kena bermakna dan relevan.
Dengan teknik yang betul, anda boleh memotivasikan anda untuk mencapai matlamat anda dengan lebih berkesan.
Contoh nak kurus dalam seminggu, hari ni buat nak 100 sit-up.
Lepas buat sit-up 100 kali terus tengok cermin, pasang lighting baik-baik nak tengok timbul six-pack ke tak. Bila tak timbul, kecewa dan order burger bakar dan makan aiskrim untuk hilangkan kesedihan.
Orang kata biar lambat, asal selamat. Hidup kita ni bukan 100 meter, tapi sebuah marathon. Kalau pecut awal-awal memang pancit awal.
Mudah dengan perlahan. Mungkin 5 minit minggu pertama, 10 minit minggu kedua, 30 minit minggu ketiga.
Jangan pernah pandang rendah dengan kosistensi. Bayangkan anda buat senaman hanya 10 minit setiap hari.
Seminggu : 70 minit
Sebulan : 280 minit
2 bulan : 560 minit
6 bulan : 1680 minit
Setahun : ???
Banyak tak?
Ini bukan juga boleh diguna pakai untuk bersenam saja, Mungkin boleh diapplikasi kan dengan aktiviti lain seperti membaca al-Quran.
No comments:
Post a Comment