Monday, 9 October 2017





                                                 Apa itu kudis buta?
Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.
Perihal Sarcoptes Scabies :
  • Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
  • Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
  • Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
  • Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.
Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau bagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan.
Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta?
Kudis buta biasanya berkait dengan :
  • Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas.
  • tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
  • Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
  • Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu).
Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.
Kawasan yang biasa dijangkiti
Tempat-tempat yang biasa ialah:
  • Dicelah-celah jari.

Kudis buta yang menjangkiti kawasan dicelah-celah jari
  • Tapak tangan.
  • Bahagian dalam pergelangan tangan.
Kawasan-kawasan lain termasuk:
  • Kawasan kemaluan.
  • Punggung.
  • Sekitar pusat.
  • Celah-celah ketiak.
  • Siku.
  • Kaki dan buku lali.
Bagaimana ianya merebak?
Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui:
  • Sentuhan kulit ke kulit.
  • Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)
Apakah rawatan untuk kudis buta?
Ubat-ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Ini termasuk:
Image result for Losyen benzyl benzoate.Image result for Krim gamma benzene hexachloride.Image result for Losyen malathion.
    Image result for Losyen permethrin.
  • Losyen permethrin.
  • Krim gamma benzene hexachloride.
  • Losyen benzyl benzoate.
  • Losyen malathion.
  • Losyen atau krim crotamiton.
Dimana ianya disapu?
  • Daripada bawah dagu hingga ke hujung jari-jari kaki.
  • Semua kawasan yang terlibat, termasuk kawasan dicelah-celah jari, bawah kuku dan kemaluan.
Bagaimana ianya disapu?
  • Ubat-ubatan disapu dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi.
  • Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.
Pakaian dan cadar perlu dibasuh dengan air panas.
Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira sama ada mereka ada rasa gatal atau tidak.
Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubat-ubatan untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu.
Image result for kudis di malaysia
 Cara pencegahan dari merebak kepada orang lain:
  • Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah / tempat asuhan sehingga selesai rawatan.
  • Rawat seluruh ahli keluarga serentak.

Saturday, 7 October 2017

Bismillah,

Sebut sahaja nama kanser,mungkin ramai dah tahu dan dah jemu mendengarnya namun bagi segelintir yang masih belum mengenali apa sebenarnya kanser,biar saya mulakan dengan memperkenalkan ciri-ciri  sebenar apa yang di maksudkan dengan kanser.Selamat berkenalan ya!



Apakah itu Kanser?

  • Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.
  • Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.
  •  Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.
  • Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

Lazimnya,dari peringkat awal kanser menyerang tubuh seseorang, tanda-tanda awal penyakit ini sudah ada namun tetapi ramai yang bersikap ‘Tidak apa-apa’ cuma sakit biasa sahaja. Lalu ramai yang mengambil langkah yang paling bijak ketika itu ialah dengan menelan panadol atau membeli ubat di farmasi.Saya tidak salahkan sesiapa tetapi alangkah baiknya jika kita tidak sahaja berhenti disitu dan mengambil satu lagi langkan bijak untuk melakukan pemeriksaan bagi mengetahui punca sebenar.

Kalau saya sebut beberapa pemeriksaan tahunan seperti colonoscopies atau ujian PSA agak-agak berapa ramai yang pernah melakukanya? Apapun bagi mereka yang perihatin tentang masalah kesihatan menganggapnya penting walaupun ini tidak menjamin atau melindungi mereka dari kanser. 

Bukan apa,sekarang ini terdapat banyak kes-kes kelewatan dan mereka hanya menyedari mendapat kanser setelah berada di tahap 4.Semoga 9 tanda-tanda awal kanser ini dapat membantu menganalisa serta membuat keputusan yang paling terbijak dalam hidup ini.InsyaaAllah


1.    Sakit perut atau senak perut.

Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulangkali mendapat / mengalami sakit perut tanpa sebab.

2.    Perut kejang dan sakit perut berterusan.

Antara tanda awal kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika ini, limpa sedang membesar, lalu menekan bawah perut disebelah kiri. 

Sejujurnya, sakit perut bukan perkara yang boleh diambil ringan. Jika mengalami sakit perut dan ianya bukan berpunca dari tersalah makan atau masalah pencernaan, langkah terbaik adalah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh serta ‘ultrasound'

3.    Perut berasid atau rasa penuh walaupun makan hanya sedikit.

Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Rasa bagaikan perut dipenuhi gas dan kerap rasa pedih hulu hati.Biasanya berlaku selepas makan dan rasa kenyang walaupun hanya makan sedikit sahaja. 

Sakit yang tidak diketahui puncanya atau sakit di sebelah bawah perut kanan boleh menjadi tanda awal kanser hati yang juga dikenali sebagai salah satu "pembunuh senyap." Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda biasa kanser hati juga. 
   
4.    Kerap demam atau terkena jangkitan. 

Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dari dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal, yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan / keupayaan melawan jangkitan kuman. Doktor kadang-kadang mengesan leukemia di kalangan orang dewasa yang lebih tua hanya selepas pesakit telah beberapa kali mengadu demam, sakit, dan simptom seperti selesema dalam tempoh masa yang panjang.

5.    Muka Membengkak 

Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka. 

6. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak, atau pangkal paha (ketulan).Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak, atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia. 

7.    Lebam Teruk atau pendarahan yang tidak berhenti.

Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah, boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan. Ini kerana sel-sel leukimia mengerumuni sel-sel darah merah dan platelet lalu merosakkan keupayaan darah untuk membawa oksigen dan beku.

8.    Pendarahan rektum atau darah dalam najis.

Mula-mula saya ingatkan buasir adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor dengar apabila mendiagnosis pesakit kanser kolorektal. 






Friday, 6 October 2017

RABIES




Apakah Penyakit Rabies?

Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies.
Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia.
Masa inkubasi rabies adalah 3 minggu hingga 2 bulan dari gigitan haiwan rabid hingga timbul gejala.
Individu yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia, lumpuh dan koma. Rabies adalah satu penyakit yang menyebabkan kematian 100% jika tanda-tanda penyakit telah timbul.
Image result for rabies di malaysia

                                       CONTOH ARTIKEL TENTANG KEJADIAN RABIES


langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies:
  1. Cuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air mengalir bagi menghilang kesan air liur;
  2. Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan haiwan seperti anjing atau kucing peliharaan yang agresif atau anjing liar;
  3. Pastikan anjing atau kucing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama haiwan atau anjing liar;
  4. Jika anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat;
  5. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; dan
  6. Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.


Image result for rabies di malaysia







Thursday, 5 October 2017

PENTINGNYA AIR MASAK


KEPENTINGAN AIR MASAK
Air tidak dinafikan merupakan sebatian kimia yang paling penting di atas muka bumi. Ia merupakan tunjang kepada kehidupan dan tidak keterlaluan jika kita menyebut, “jika tiada air, maka tiadalah kehidupan”. Ia juga merupakan faktor utama mengapa bumi terpilih di antara planet-planet yang lain sebagai kediaman mutlak untuk semua jenis hidupan, memandangkan bumi adalah antara planet yang terlembab dan kaya dengan air. 70.9% permukaan bumi adalah air.

Sejarah juga telah menunjukkan, terbentuknya tamadun-tamadun besar adalah disebabkan oleh air. Wujudnya tamadun Mesapotamia adalah disebabkan wujudnya Sungai Tigris, manakala hidupnya tamadun Mesir kuno adalah disebabkan hidupnya Sungai Nil yang sentiasa mengalir sepanjang tahun tanpa henti. Ia merupakan asas keperluan nombor satu manusia! Kita mungkin boleh hidup selama sebulan tanpa makanan, tetapi tanpa air, kita mungkin akan mati tak sampai seminggu!
Pemilihan air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100% manfaat daripadanya. Menyuruh seseorang itu untuk minum air bukan bererti seseorang itu perlu minum teh tarik, kopi tarik, atau segala jenis minuman yang manis-manis. Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli seperti air, nampak rupa fizikalnya seperti air, dan rasanya juga seperti air. Air apakah itu? Tentulah ianya “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air Kosong”.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus minum air kosong dengan secukupnya.
1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).
2. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.
3. Sumber Alkaline termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.
4. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.
5. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.
6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.
7. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.
8. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.
9. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.
10. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”

Tuesday, 3 October 2017

senaman Terbaik Dan Sesuai Dilakukan Di Rumah

senaman di rumah, cara turunkan berat badan, cara kurus

Rasanya ramai yang memilih untuk bersenam di rumah kerana kita bebas nak pakai baju yang kita suka, tak perlu guna peralatan mahal dan canggih, pasang lagu dengan kuat dan  boleh menari macam orang gila.

Bersenam di gym memang bagus kerana dipenuhi kemudahan yang terkini dan juga dilengkapi abam-abam sado.

Cuma kadang-kadang rimas pula bila gym dah sesak dan penuh dengan peluh silih berganti yang keluar dari pelbagai bahagian tubuh.

Antara pengalaman indah saya mendaftar gym semasa saya masih pelajar ialah mempunyai rakan yang bercita-cita untuk menjadi lelaki maskulin.

Apabila ternampak banting (banner) di kedai mamak dengan promosi keahlian RM 40.00 untuk pelajar membuatkan naluri lelaki membuak-buak untuk mendaftar.

Biasanya gym lain tawarkan RM 50.00.

Dengan itu, kami memilih untuk mendaftar dan pemilik gym kata pendaftaran gym untuk kali pertama ialah RM80.00 dan untuk bulan seterusnya barulah  RM40.00.

Tercabar dengan bicep di kaki abang sado tersebut, kami pun membayar dengan rela.

Hasilnya? Hanya bertahan sampai 2 minggu kerana sibuk dengan assignment dan ujian mingguan.

Rugi RM80.00.

Pernah tak anda mengalami situasi seperti ini?

Sekiranya pernah, mungkin ada perlu cuba bersenam  di dalam rumah.

Apakah senaman yang terbaik dan sesuai dilakukan di dalam rumah?
  1. Lompatan Jack ( Jumping Jack)
  2. Tolak-Naik ( Push-Up)
  3. Mencangkung ( Squat )
  4. Duduk-Naik ( Sit-Up )
  5. Menari  ( Dancing )
Sekarang anda sudah tahu senaman yang sesuai, tapi adakah anda akan lakukannya?

Saya yakin bila anda sudah membaca senarai ini, anda akan lupakan dan terus membuat perkara lain.


Hidup tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran. Matlamat juga kena bermakna dan relevan.

Dengan teknik yang betul, anda boleh memotivasikan anda untuk mencapai matlamat anda dengan lebih berkesan.

Contoh nak kurus dalam seminggu, hari ni buat  nak 100 sit-up.

Lepas buat sit-up 100 kali terus tengok cermin, pasang lighting baik-baik nak tengok timbul six-pack ke tak. Bila tak timbul, kecewa dan order burger bakar dan makan aiskrim untuk hilangkan kesedihan.

Orang kata biar lambat, asal selamat. Hidup kita ni bukan 100 meter, tapi sebuah  marathon. Kalau pecut awal-awal memang pancit awal.

Mudah dengan perlahan. Mungkin 5 minit minggu pertama, 10 minit minggu kedua, 30 minit minggu ketiga.

Jangan pernah pandang rendah dengan kosistensi. Bayangkan anda buat senaman hanya 10 minit setiap hari.

Seminggu : 70 minit
Sebulan : 280 minit
2 bulan : 560 minit
6 bulan : 1680 minit
Setahun : ???

Banyak tak?

Ini bukan juga boleh diguna pakai untuk bersenam saja, Mungkin boleh diapplikasi kan dengan aktiviti lain seperti membaca al-Quran.

Monday, 2 October 2017


ASSALAMUALAIKUM.. hari ini saya ingin berkongsi tentang DENGGI

Seperti yang kita tahu, denggi adalah disebabkan oleh nyamuk aedes yang sangat berbahaya. Walaubagaimanapun, kita masih lagi tidak tahu akan punca dan tanda-tanda awal denggi.

Demam Denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Image result for denggi


Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.
Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
  1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
    • Membuang bekas yang boleh menakung air
    • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
    • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
    • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
    • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
  2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
  3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
    • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
    • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
    • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
    • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

Image result for denggi



                                                  Apa itu kudis buta? Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebab...